Ahad, 5 Mac 2017

SELAMAT TINGGAL KENANGAN DENGANKU SAHABAT

Aku masih takde kekuatan sebenarnya nak update entry pasal sahabat aku kakak...sebelum aku mula  dengan coretan yang panjang...aku mohon pada semua dan kekawan yang mengenali atau pun tidak...sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah pada sabahat dunia akhirat aku Rosniza binti ahmad...semoga rohnya di cucuri rahmat keatasnya...Aamin...

Tak kuat jugak hati ni bila nak tulis kenangan aku dengan ija....hanya Allah sahaja yang tahu...betapa sedihnya hati aku bila kenangkan kawan dari zaman kau sekolah...kawan gelak ketawa kau,kawan sesama nakal kau... pergi meninggalkan kau buat selama-lamanya...Allahu....aku rindu kau kak...;( teringat-ingat pasal kau...rindu yang teramat sangat....harini hari ke 9 kau tinggalkan aku...tinggalkan family dan sabahat handai kau...tiada lagi mesej dari kau.....selalunya hari-hari aku akan tanya khabar kau...walaupun kekadang soalan bodoh aku tanya...janji kau reply walaupun hanya sepatah ayat...tapi kau tak pernah tak reply semua mesej aku...walaupun aku tahu kau teramat sakit...sakit yang tak tertanggung sakitnya...hanya kau saja yang tahu apa yang kau rasa...aku sebagai kawan hanya mampu berdoa dan memberi kata-kata semangat...sumpah aku terkilan sangat bila kau cakap nak jumpa aku..tapi aku teramat takut nak jumpa kau..sebab aku tahu..aku akan meraung bila tengok keadaan diri kau...walaupun acapkali kau sent gambar kat aku...kau suruh aku tengok keadaan kau...lagi aku tak sanggup kak...kau terlalu berbeza...rapuh hati aku tengok keadaan diri kau...

Terniang-niang kau whspp kat aku..kau cakap kau nak sihat..nak cantik macam aku..nak keluar makan banyak-banyak dengan aku...walaupun kau tengah sakit..kau selalu nasihat aku suruh buat medical check up...kau selalu cakap sayang kat aku sangat-sangat..bila kau tengah sakit..kau selalu cakap nak tumpang bahu aku..nak peluk aku...;( kau selalu cakap aku kawan yang sewel..tapi aku tak marah pun..bukan aku kisah pun...bak kata kau..cam takde perasaan je kan ko ni...hehe....aku suka kau cakap camtu...sebab kita memang always suka cakap yang merapu-rapu...suka buat benda pelik-pelik...kau selalu cakap..kenapa mesti tiapkali jumpa kau aku mesti gelak macam orang gila...padahal kau tu kalau gelak pun lembut je..tak macam aku...pastu kau tahu warna kesukaan aku..dulu pernah kau pakai tudung biru..kau sent gambar tu kat aku..pastu kau cakap...'weii..sumpah aku rasa biru ni membuatkan aku tertambah comey..patut la kau suka biru kan ina...Allahu...sedih sangat bila ingatkan semua kenangan tu...terlampau banyak kenangan pahit manis kita kak...dulu kau suka marah aku sebab suka panggil kau kakak...kau tak marah pun sebenarnya..tapi aku suka nyakat sebab aku suka cakap..'kak..kau tahu,bila aku panggil kau kakak..terasa macam kau dah tua sangat...hahaha...time tu sakit gila kau cubit aku...rasa nak cubit kau balik..sudahnya melekat panggilan tu kat aku sampai lah ni..walaupun kita sebaya...tapi selalunya budak-budak desa,mana yang rapat dengan kau...yang semua kekawan sedia maklum yang korang kembar tiga..memang tak heran lah kalau panggil kau kakak...rindu sangat kau kak...aku cekalkan hati aku ni tuk update kisah kau..moga kenangan kita akan terus terpahat dalam hati buat selama-lamanya...



 
Al-fatihah untuk sabahatku rosniza binti ahmad...

Cantik dan manis kau kak...senyuman kau semanis diri kau...orang tengok kau pun tahu kau ni lembut,cantik,manis.....aku je yang suka buli kau...suka duk nyakat kau...kita selalu share everyhting...sampaikan aku dengan kau takde rahsia...apa masalah kau semua kau meluah kat aku...begitu jugak aku...kau selalu cakap..'orang suka berkawan dengan kau ina..tapi dalam masa yang sama orang akan ambil kesempatan kat kau..sebab kau terlalu memberi ruang kat orang untuk kenakan kau...'tapi aku rasa ada kebenaran setiap kata-kata kau kak...sampai lah ni..aku rasa banyak yang nak berkawan dengan semata-mata nak ambil kesempatan dan akhirnya ia akan berbalik pada diri aku.... tiada lagi teman untuk aku meluah semua masalah aku..teman tuk aku share cerita...teman yang suka gelakkan aku bila penyakit huru hara aku sampai...kau selalu cakap...'kau tahu ina..'apa yang specialnya kau ni...kau ni huru hara sangat tau...' time tu bantai kita duk gelak..perangai aku dari zaman bujang sampai lah ni tak boleh nak hilang...tu belum masuk part zaman kita nakal...kalau boleh nak buat nakal mesti berdua..tak pun nor join sekali...aku dapat rasakan,nor pun turut bersedih dengan ketiadaan kau..sebab sebelum kau pergi..nor kerap ajak aku gi turun penang jumpa kau..tapi time tu,aku memang tak boleh..abg zul outstation...ya allah...perasaan terkilan tu usah dicakap lah...tersangat-sangat...tapi allah sebaik perancang...mungkin allah tahu..hati aku tak secekal kau...kau sendiri tahu aku ni macam mane..tiapkali kau sent gambar kau..aku takut-takut nak tengok...sebab aku kalau boleh memang tak nak menangis..tak sanggup kak...apalagi kau yang menanggungnya...;(





Aku tak sanggup nak share semua meseg-meseg kau kat blog aku ni..cukup lah ini saja yang aku share..sebagai tanda kenangan kita..sebagai tanda persahabatan kita..lepas ni aku akan delete semua mesej kau..agar aku tak akan turut bersedih...;( semoga kau tenang disana kak...terima kasih Ya allah sebab sudi pinjamkan sabahat sebaik dia..sahabat yang kuat..mempunyai hati yang cekal...if kalau aku sendiri berada ditempat dia..belum tentu aku sekuat dan setabah dia...aku bangga dan kagum dengan kau kak..kau tabah..biarpun lepas satu,satu ujian datang kat kau...kau masih tersenyum dan dari senyumam manis kau tu..tergambar kekuatan kau kak...aku percaya..'Allah tak akan turunkan ujian itu diluar kemampuan sesorang hambanya'.Akan aku ambil kekuatan yang ada dalam diri kau untuk aku...aku doakan semoga anak-anak kau tabah..kuat seperti kau jugak..terutama wawa...

semoga kau tenang disana kak..aku sebak bila abg kau cakap...wajah kau bersih dan tersenyum..allahu...sesungguhnya allah tu maha menegetahui kak...maha penyayang..allah uji kau..tapi tiada siapa yang tahu disebaliknya tersimpan seribu kerahmatan...semuanya rahsia allah untuk kau...

Al-fatihah untuk sahabat dunia akhirat aku rosniza binti ahmad...semoga kau tenang disana..hanya doa yang mampu aku hulurkan sebagai tanda kasih sayang aku terhadap kau...thanks sangat-sangat kat abg ajoi sebab sanggup share segala kesedihan aku terhadap kau...insyallah aku kuat...akan aku ingat semua nasihat kau..kasih sayang kau...aku ikhlas lepaskan kau pergi..sebab aku sedar..kau milik Allah ..Allah pinjamkan aku sahabat sebaik kau..terima kasih Ya Allah..terima kasih sahabat dunia akhirat aku...


Selamat tinggal kenangan denganku...
senyumku melepaskan kau pergi...;(


AL-FATIHAH...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan